ISLAMIC GADGET

Wednesday, June 29, 2016

AHLAN WA SAHLAN BUAT SAHABAT PENJEJAK CINTA ILAHI

PENGENALAN DARI PEMILIK BLOG INI (^_^))

Assalamualaikum buat semua sahabat syurga kesayangan sekalian!!

Kaifa haluk?? Bagaimana keadaan kalian hari ini? How are you today??

Akhirnya, saya diberi peluang menulis sebuah entri sendiri walaupun sudah lama blog ini dibuat..Alhamdulillah thumma Alhamdulillah.. syukur yang tidak terhingga

Kenapa ye saya tidak menulis sebarang entri sebelum ini?

SEBAB saya tidak pandai nak menggunakan blog ni (percaya tak??) dan alasan lain, kekangan masa saya sendiri..haha

Insyaallah selepas ini, saya akan rajinkan diri untuk mengupdate entri di blog ini..Sahabat2 semua doakan saya ye!!..Insyaallah..aminnnn

Baiklah....
Sebelum saya pergi lebih jauh, saya nak taaruf atau perkenalkan diri saya sendiri.. Tak kenal maka tak cinta bukan??.. 

Nama saya yang sudah tertulis di luh mahfuz ialah Nur Zurina Bt Mohd Jasmi. Alhamdulillah, Allah beri ilham kepada ibubapa saya untuk berikan nama ini. Anak ke-5 daripada 7 orang adik- beradik.5 orang hero dan 2 orang heroin. Sebenarnya adik beradik saya ada 9 orang namun Alhamdulillah  adik yang no-8 dan 9 adalah bayi syurga.. Insyaallah saham ibu ayah saya di akhirat kelak.. (^_^)

Insyaallah, saya berumur 23 tahun,masih menuntut di UTM dalam kos electrical - electronic engineering in telecommunication. Tahun 3 pengajian dan Insyaallah tahun depan bulan 6 nak grade dah!!! Sahabat semua doakan saya ya !!.. Insyaallahx3..Aminn



Saya asal Muar Johor. Proud to be Johorean and Jawarian.. hahaha..  
Saya melanjutkan pelajaran dari form 1-5 di SMAKJ.. Orang johor mesti tahu punya,, Sekolah agama yang tersohor ni. SMAKJ adalah singkatan bagi Sek Men Agama Kerajaan Johor Kluang.5 tahun belajar dikluang. Kemudian di matrik Pahang pula.. Sengaja mencampakkan diri ditempat jauh.. Suka travel sbenarnya dan ALLAH rezekikan saya dapat Pahang. Alhamdulillah.Cantik aturan ALLAH untuk sayakan?..(^_^) dan sekarang di bumi tarbiyah UTM  ynag tercinta!!!. Alhamdulillah

mesti ada yang tertanya, kenapa tak teruskan kos agama kan? Kenapa ye?? 

Sebab dulu saya tak tahu saya minat apa, jadi saya pun buat keputusan untuk mengikut jejak langkah kakak abang saya yang turut tak menyambung bidang agama lepas keluar SMAKJ. Insyaallah, ada hikmah di sebalik semua aturan ALLAH ini.

Sebelum terlupa, untuk menghargai kedua ibubapa saya, saya nk perkenalkan mereka dengan kalian semua. Nama ayah tercinta saya Mohd Jasmi bin Mohd Rahmat dan ibu tersayang saya Noriah Bt Ahmad..Anugerah terindah Allah dalam hidup saya. Mereka jiwa dan kekuatan saya selepas Allah dan Rasul ..Insyaallah.. Nanti dah ada sang suami, dah lain pulakan.. Doakan saya dipercepatkan jodoh dengan insan yang sama2 mahu meraih cinta ALLAH.

Last but not least, tujuan blog ini dibuat adalah untuk mengajak sahabat-sahabat semua bersama saya meraih cinta dan mendamba redha ALLAH S.W.T.. Insyaallah. Ini tujuan hidup kita yang palinggg tinggi sekali. Siapa tak nak kan cinta ALLAH?? Subhannallah, pencipta saya dan sahabat sekalian. Jadi, setiap entri saya dalam blog ini, saya akan sentiasa kaitkan dengan kekuasaan Allah. Untuk biar sahabat dan saya merasai akan besarnya cinta ALLAH untuk kita..Syokkan kalau hati kita betul2 merasai manisnya mencintainya?.. Allahx2..

Jom kita submit doa banyak2 untuk dapatkan cinta Allah!!

Rasa ini sahaja muqaddimah dan taaruf dari saya zurina, pemilik blog jejakcintailahi.blogspot ini.

Tak sabar rasanya nak berkongsi ilmu dengan sahabat semua..Insyaallah, walau kita tidak pernah bersua muka, saya yakin dan percaya, sesiapa jua yang melawat dan membaca entri di blog saya adalah insan yang hebat. Allah berikan ilham atau litasan hati untuk menjenguk blog saya. Syukran jazilan untuk semua sahabat alam maya. Moga kita dipertemukan di syurga ALLAH kelak!! (^_^). Insyaallah..Aminn. 

Saya sayang kalian semua kerana Allah.. Doakan saya menjadi insan yang sentiasa berada dalam redha dan pandangan Allah azza wa jalla.Doa saya untuk kalian juga. Macam tak nak stop tulis pula.. haha.. tidak apa, lepas ni boleh baca entri saya yang seterusnya. So, stay tuned!!.

Saya undur diri dulu.. Mohon maaf salah silap. Terima kasih sudi baca cerita saya yang agak boring ni.. Masyaallah, hebat kalian.. 

ASSALAMUALAIKUM..JAZAKALLAHU KHOIRON JAZA' (^_^)

No comments:

Post a Comment